TIP PENGENDALIAN KONDOM

★ Kendalikan kondom secara lembut dan simpan di tempat yang sejuk serta kering supaya ia tidak rosak.

★ Jangan simpan kondom terlalu lama di bahagian belakang poket, dompet atau di dalam kereta.

★ Jangan gunakan kondom yang terlalu kecil atau terlalu besar untuk anda.

★ Jangan pamkan kondom ke dalam lubang tandas.

★ Jangan gunakan kondom yang telah melebihi tarikh luput.

★ Jangan gunakan kondom yang telah digunakan.

ANTARA KOMPLEN TENTANG KONDOM

★ Saya alah kepada getah:

Sementara kebenaran tentang sesetengah orang yang sememangnya alah kepada getah, ini tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengetepikan keseluruhan kawalan kehamilan. Cuba untuk menggunakan kondom daripada jenis yang lain seperti polyurethane (yang diperbuat daripada plastik).

★ Kondom mengurangkan rasa seronok semasa hubungan seks:

Tip untuk membantu rasa keseronokan dalam pemakaian kondom ialah dengan menambahkan sedikit pelincir ke dalamnya.

★ Kondom mengganggu kespontanan:

Memang benar, ia mungkin sedikit janggal untuk berhenti seketika di pertengahan hubungan seks dan mendorong kepada subjek kawalan kehamilan. Berbicara dengan pasangan anda sebelum menangani dan mempraktikkan seks yang selamat – kondom haruslah dijadikan rutin sebahagian daripada hubungan seksual, seperti mana anda mempraktikkan untuk tidak merosakkan irama.

★ Kondom sering rosak:

Ini adalah tidak benar. Hanya dua peratus kondom yang rosak untuk sekian waktu dan sehingga itu, ia adalah daripada kesilapan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Apabila digunakan secara cermat dan betul, kondom tidak akan gagal.

★ Ia terlalu menyusahkan / kami selalu terlupa:

Apa yang menyusahkan daripada kesakitan dan potensi yang mampu menggugat nyawa dan penyakit kelamin? Atau kehamilan yang tidak dirancang?