SEBANYAK 375 kes baharu COVID-19 hari ini terdiri daripada kategori 3, 4 dan 5, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, jumlah tersebut merangkumi 1.9 peratus daripada 19,444 kes baharu yang dilaporkan hari ini.vaksin

Kata Noor Hisham, sebanyak 19,444 kes atau 98.1 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

“Secara keseluruhan, hanya 3,592 kes (18.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

Baca artikel berkaitan: REKOD!! 19,819 kes baharu, 5 negeri lebih 1,000 penularan

Lebih 22 juta vaksin diberi, 7.4 juta lengkap dua dos

Sementara itu, 257 kes kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah angka korban harian yang tertinggi pernah dicatatkan.

Menurut Noor Hisham, daripada jumlah itu, 91 kes kematian adalah di Selangor, 74 kes di Kuala Lumpur, 25 kes di Johor, 24 kes di Melaka dan masing-masing sembilan kes di Negeri Sembilan dan Perak.

“Turut dilaporkan lapan kes di Kedah, enam kes di Sabah, empat kes di Terengganu, masing-masing tiga kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta satu kes di Pahang,” jelasnya.

Pertambahan angka kematian hari ini menyaksikan korban COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 9,855 kes.

Sementara itu, jumlah individu positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini berjumlah 1,069 orang manakala 553 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Noor Hisham dalam pada itu, memaklumkan sebanyak 35 kluster baharu COVID-19 dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Katanya, 20 daripadanya adalah kluster komuniti manakala 14 tempat kerja dan satu keagamaan.

Antara kluster yang melaporkan kes baharu tertinggi ialah Kluster Komuniti Kampung Bintawa Hilir di Sarawak (159 kes) dan Tapak Bina Fair Park di Perak (118 kes).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram