muhyiddin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara semalam./ Gambar FB Muhyiddin Yassin.

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau pada pagi tadi diterima menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara.

Menurut Perdana Menteri, mesyuarat pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan beliau bagi menyembah maklum, berbincang dan mendengar pandangan Seri Paduka berhubung urusan serta isu-isu berkaitan Kerajaan.

“Usai sesi menghadap, saya kemudiannya mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau petang ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara hari ini./ Gambar FB Muhyiddin Yassin.

Baca artikel berkaitan: PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Muhyiddin tegaskan masih dapat sokongan majoriti di Parlimen

Terdahulu, media melaporkan kenderaan membawa Muhyiddin dilihat memasuki pekarangan Istana Negara kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kira-kira sejam kemudian beliau beredar dari Istana Negara menuju ke Putrajaya.

Perdana Menteri kemudian menyampaikan perutusan khas berhubung kedudukan politik semasa.