SELAIN melakukan ibadah puasa atau diet, kebanyakan wanita pasti akan mengamalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengekalkan kesihatan mereka bagi memudahkan urusan rumah tangga dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin.

Berhati- hati apabila berdepan dengan pelbagai juadah yang menggamit selera anda terutama yang sarat dengan lemak dan kolesterol.

Sebagai panduan, HF memberi tip untuk anda memiliki badan yang cantik dan perut yang kempis. Mudah sahaja, yang penting kena disiplin.

APA KATA ANDA CUBA PETUA DI BAWAH INI:

  • Membancuh teh tanpa gula. Perah sebiji limau nipis ke dalam air teh tadi. Amalkan minuman ini hingga perut buncit anda beransur menjadi kempis.
  • Selain air teh, ambil lebih kurang 3 cm halia, sebiji limau nipis, secubit garam, sedikit air suam dan 15 biji lada hitam. Kisar kesemua bahan tersebut dan tapis untuk diminum airnya. Lakukan sehingga anda mendapat hasil perut seperti yang anda inginkan.
  • Selain itu anda juga boleh dapat perut kempis dengan makan tanpa berulamkan air. Minumlah air selepas beberapa jam anda makan. Selain makanan dan air anda juga boleh melakukan senaman sit up selama 30 minit seminggu sekali.
  • Jika kerap melakukannya mungkin perut akan menampakkan hasilnya dalam masa yang singkat. Tapi jangan melakukan senaman berterusan setiap hari hingga boleh memudaratkan kesihatan anda.
  • Pelbagai senaman boleh dilakukan bagi membolehkan otot perut kita bergerak dan pastikan hanya bahagian perut saja yang bergerak dan bukan bahagian otot-otot yang lain.
  • Walau banyak mana pun senaman jika adanya lapisan lemak antara otot dan kulit pasti tidak akan mendatangkan sebarang kesan. Jadi jagalah pemakanan. Elakkan makanan yang bergaram dan berminyak serta makanan yang mengandungi banyak kalori. Banyakkan minum air dan amalkan diet seimbang.
  • Bagi mendapatkan pinggang yang ramping dan perut yang kempis, anda juga boleh menggunakan bengkung ataupun korset. Secara tidak langsung ia membantu anda kenyang dengan cepat walaupun makan sedikit.