Sedapnya nasi goreng cendawan shitake ni. Bagi yang bosan asyik makan juadah yang sama, apa kata cuba resipi yang sedap dan mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN
1 mangkuk nasi
2 sudu besar mentega
60 gm isi ayam – potong dadu
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 cendawan shiitake – potong halus
1 biji telur
1 labu bawang besar – potong dadu
2 sudu besar kicap soya cair
2 sudu besar bijan putih
2 tangkai daun bawang – cincang halus
Garam dan lada hitam secukup rasa

CARA
1.Panaskan kuali, cairkan mentega dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan isi ayam, kacau sehingga masak.
3.Selepas itu, masukkan cendawan shiitake dan bawang besar yang telah dipotong dadu. Kacau sebati sehingga cendawan lembut.
4.Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga masak.