KONTROVERSI melibatkan sesama artis bergaduh di laman sosial dilihat sesuatu yang tidak manis dipandang.

Apatah lagi mereka digelar sebagai suri teladan kepada masyarakat untuk dicontohi perkara yang baik-baik saja.

Namun, kebelakangan ini masyarkat telah dihidangkan dengan cerita sensasi tentang kes saman yang melibatkan sesama artis bahana bawaan mulut.

Sebagai penyanyi senior, Zarul Umbrella bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana artis yang membangkitkan pergaduhan sesama sendiri sedangkan indsutri seni ini hanyalah sekecil kuman sahaja.

Jom kita dengarkan apa lagi komen Zarul tentang isu tersebut dan pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui apabila berhadapan dengan situasi melibatkan perselisihan faham sesama artis.