Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat melambai tangan kearah para media ketika keluar dari kediamannya menuju ke Istana Negara, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan dinaiki Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara kira-kira 10.53 pagi.

Selain itu, lapor Bernama, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pula dilihat memasuki Pintu 2 Istana negara pada 9.30 pagi.

Kemudian kira-kira jam 11.50 pagi, kenderaaan membawa Muhyiddin dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara.

Menurut beberapa laporan media, Muhyddin menuju ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Beliau dijangkakan mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Kabinet yang difahamkan akan disusuli dengan satu sidang media tengah hari ini.