Puding adalah antara hidangan pencuci mulut atau manisan yang menjadi kegemaran ramai. Bagi yang suka menikmati puding, resipi puding roti pelangi ini wajib anda cuba. Semestinya sedap dan tidak susah untuk disediakan.

BAHAN-BAHAN
10 gm agar-agar serbuk
2 biji telur gred A
6 keping roti – buang tepi
1 tin susu cair
¾ sudu besar gula
1 cawan susu pekat
4 cawan air
Sedikit pewarna merah, hijau & kuning
Sedikit esen vanila

CARA
1.Kisar roti, susu pekat, susu cair, telur dan esen vanila sehingga halus.
2.Larutkan serbuk agar-agar bersama air dan gula. Bila dah larut masukkan bahan kisar sambil ditapis. Masak hingga mendidih yang pertama padamkan api.
3.Bahagi adunan kepada tiga bekas. Warna merah, kuning dan hijau.
4.Ambil loyang dan tuangkan 1 ½ senduk setiap bahagian. Buat berselang seli hingga habis. Bekukan dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi : Azlina Ina