Cucur adalah satu hidangan yang sering disajikan untuk sarapan dan minum petang. Juadah ini enak dimakan bersama sambal tumis dan juga kari. Jom cuba resipi cucur kentang ini.

BAHAN:
250 gm tepung gandum
1 biji kentang -potong dadu
1 tangkai cili merah di hiris
1 tangkai daun kucai- potong halus
½ labu bawang besar -hiris nipis
1½ cawan air suam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA:
1.Masukkan tepung dan cili ke dalam sebuah mangkuk.
2.Kemudian masukkan bawang, daun kucai dan kentang.
3.Tambahkan air dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biarkan seketika.
4.Setelah itu, goreng hingga garing.

Resipi: Resipi: Cef Norhaime Osman, Hotel Cathayana Kuantan.