Resipi kerabu sotong ini memang sedap. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. Jom cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini.

BAHAN
6 ekor sotong – rebus dan hiris
2 labu bawang besar
2 biji tomato
10 tangkai cili padi
3 tangkai daun ketumbar
2 batang serai
2 biji limau kasturi – ambil jus
1 sudu besar sos ikan
Sedikit gula dan garam

CARA
1.Masukkan sotong, hirisan bawang besar dan cili padi.
2.Kemudian masukkan hirisan serai dan tomato. Gaul rata.
3.Masukkan pula, sos ikan dan perahan jus limau.
4.Rasakan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.
5.Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata kerabu sotong.

Resipi: Klana Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan.