DATUK Azizulhasni Awang terus menyalakan impian emas Olimpik pertama Malaysia apabila melayakkan diri ke final acara keirin sebentar tadi.

Jaguh berbasikal trek negara itu mempamerkan kayuhan penuh bertenaga bagi menduduki tempat pertama pada aksi separuh akhir heat 2.

Final dijadualkan berlangsung kira-kira jam 11 pagi.

Azizulhasni yang merupakan pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 menjadi taruhan terbaik Malaysia bagi melihat satu lagi pingat buat negara.

Baca artikel berkaitan: Azizulhasni mara ke separuh akhir, Shah Firdaus terkandas

Shah Firdaus dikejarkan ke hospital selepas perlumbaan, mengadu sakit rusuk kiri

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram