DATUK Azizulhasni Awang menyumpang pingat perak buat Malaysia dalam acara keirin sekali gus memperbaiki pencapaiannya di Olimpik Rio lima tahun lalu.

Kejayaan pelumba kelahiran Dungun itu membolehkan kontinjen Malaysia meraih dua pingat pada temasya Olimpik Tokyo selepas badminton menyumbang gangsa menerusi beregu lelaki.

Dalam aksi penuh mendebarkan di Velodrom Izu, Shizuoka sebentar tadi, pelumba Great Britain, Jason Kenny memperoleh emas hasil kejayaan taktikalnya.

Kenny memilih untuk memecut awal ketika perlumbaan masih berbaki tiga pusingan dan terus mendahului pelumba lain hingga garisan penamat.

Dalam kumpulan di belakang Kenny, Azizulhasni memberikan kayuhan penuh bertenaga bagi menamatkan kedudukan di tempat kedua.

Pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio itu mengatasi pelumpa terbaik dunia lain termasuk pemenang acara pecut di temasya ini dari Belanda, Harry Lavreysen.

Azizulhasni Awang membanggakan Malaysia dengan pingat perak pada acara keirin Olimpik Tokyo./ Gambar FB MSN.

Baca artikel lain: Azizulhasni mara final keirin, buruan emas Malaysia membara

Azizulhasni mara ke separuh akhir, Shah Firdaus terkandas

Pelumba Suriname, Tjon En Fa pula di tempat keempat.

Buruan emas pertama Olimpik Malaysia kini bersambung di Olimpik Paris tiga tahun lagi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram