Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi acap nyonya ini. Memang sedap. Berbaloi cuba.

BAHAN
300 gm timun – potong memanjang
250 gm lobak merah – potong memanjang
100 gm kacang panjang – potong memanjang
300 gm kubis – potong halus
100 gm kacang – sangai dan tumbuk
50 gm bijan – sangai
100 ml cuka
200 gm gula
15 gm garam
20 ml minyak masak

BAHAN KISAR
400 gm bawang merah
50 gm cili kering
50 gm serai
30 gm lengkuas
50 gm kunyit
30 gm buah keras
20 gm pes udang kering

CARA
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan cuka, garam dan gula. Biarkan mendidih.
3.Kemudian, masukkan timun, lobak merah, kacang panjang, kubis dan separuh kacang tumbuk serta bijan. Gaul sebati.
4.Angkat dan tabur baki kacang dan bijan di atasnya.