Azizulhasni Awang membanggakan Malaysia dengan pingat perak pada acara keirin Olimpik Tokyo./ Gambar FB MSN.

“SAYA tak tahu apa pelumba Australia itu cuba nak buat.”

Itu komen spontan Datuk Azizulhasni Awang mengenai ‘taktikal’ Matthew Glaetzer yang menjadi sasaran kemarahan rakyat Malaysia.

Walaupun tiada bukti wujud komplot, tapi ‘taktikal’ Glaetzer hinggakan pemenang emas dari Britain, Jason Kenny dapat tinggalkan jurang yang sangat besar dengan kumpulan pelumba lain menimbulkan tanda tanya.

Menurut Azizulhasni, 33, selain memperoleh undian susunan pelumba yang lebih baik, yang membuatkan Kenny bertambah baik adalah pelumba Australia itu.

“Pelumba Australia (Glaetzer) tu saya tak tahu apa dia buat. Dia bagi 20 meter Kenny ke depan. Memang banyak

“Glaetzer juga pada masa sama terus nak berada di depan. Saya tiada pilihan, kena tunggu masa yang tepat untuk pergi.

“Bila Harry Lavreysen (pemenang gangsa dari Belanda) pergi pun, dia pun dah terlambat.

“Kami kemudian cuma berusaha untuk dapat kedudukan terbaik. Saya dapat kalahkan Harry, saya di tempat kedua.

“Suka dan duka, tapi inilah sukan. Ada turun naik. Kita nak menang tapi tak semua kita dapat,” jelasnya seperti ditemu bual Astro Arena yang disiarkan secara langsung selepas penyampaian pingat di Velodrom Izu sebentar tadi.

Matthew Glaetzer tidak merapatkan diri dengan pemenang emas, Jason Kenny.

Baca artikel berkaitan: Perak buat Malaysia, tahniah Datuk Azizulhasni

Kerinduan pada keluarga, ayah pula di wad, air mata Azizulhasni tumpah di Olimpik Tokyo

Kata pelumba kelahiran Terengganu itu, pada masa sama, adalah berisiko kehilangan pingat jika dia juga ke depan lebih awal untuk merapatkan diri dengan Kenny.

Menurut pemenang gangsa di Rio 2016 itu, beliau telah memberikan terbaik, melebihi kemampuannya.

“Itu yang saya mahu rakyat Malaysia tahu,” kata jaguh lumba basikal trek negara itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram