Jenazah penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

JENAZAH penyanyi Siti Sarah Raissuddin,37, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak tepat pada pukul 1.30 petang tadi.

Suami Siti Sarah, Shuib yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dilihat turut berada di tanah perkuburan dengan ditemani adik bongsu arwah, Ahmad Yazeed bagi mengiringi perjalanan terakhir isterinya.

Jenazah sebelum ini tiba di tanah perkuburan sekitar pukul 12.40 tengah hari menaiki van jenazah selepas selesai urusan solat jenazah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

Allahyarham disemadikan di sebelah pusara arwah ibunya, Nur Aini Mohamed yang meninggal dunia pada 2013.

Shuib kelihatan sedih selepas jenazah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Terdahulu, Siti Sarah,37, dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos lalu selepas paras oksigen dalam badannya menurun.

Malah, bayi dalam kandungannya yang mencecah usia lapan bulan terpaksa dikeluarkan menerusi kaedah pembedahan pada 6 Ogos lalu.

Shuib (kanan) kelihatan sedih selepas jenazah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Selepas lebih 48 jam ditidurkan, penyanyi lagu Kesetiaan itu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.13 pagi tadi (Isnin).

Siti Sarah dan Shuib bernikah pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan.

Jenazah penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid