Zulhijjah bakal melabuhkan tirai dan umat Islam bakal menyambut 1 Muharram, satu hari penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Tanggal 1 Muharram, berlakulah perkembangan dan penyebaran dakwah Islamiyyah dengan lebih sistematik dan teratur. Rasulullah SAW dan para sahabat menghadapi segala ancaman dan cabaran dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT.

Allah SWT telah menjadikan bulan Muharram sebagai salah satu dari bulan-bulan haram seperti mana dalam firmanNya yang bermaksud:

”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (suci). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. At-Taubah: 36)

Muharram adalah masa terbaik bagi mempersiapkan diri menghadapi tahun Islam yang baharu, yang juga menandakan setahun telah berlalu, dan setahun jugalah menginjak usia kita. Persoalannya, bagaimana memperbaiki diri agar semalam lebih baik daripada hari ini?

Jadikan hijrah tahun ini lebih bermakna dengan meningkatkan semangat dan azam yang baik.