Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36 masih berbekas di hati dan sehingga kini kebaikannya masih menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Seorang demi seorang tampil menceritakan kebajikan yang pernah dilakukan semasa hayat masih ada dan nyata ia cukup menyentuh hati.

Terbaru, Ustaz Nizar Nadzir tampil membuka sebuah rahsia yang disimpan rapi selama ini. Jelasnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama, suami allahyarham, Shuib pernah menghubunginya bagi menghulurkan bantuan kepada masjid kerana ramai yang terkesan termasuk institusi masjid dan surau.

Malah kopiah yang digunakan semua Imam dan Bilal Masjid Ar Rahah merupakan sumbangan pasangan ini dan digunakan untuk menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan kuliah agama dan kerja kebajikan.

Ikuti perkongsiannya.

“Almarhumah Siti Sarah Dan Kopiah.

Di wall FB dan Instagram hari ini, ramai yang masih lagi bercerita dan bersedih atas kematian Al Marhumah Siti Sarah Raisuddin.

Kenapa ya sampai begitu sekali ramai yang terkesan seolah-olah Almarhumah adalah ahli keluarga sendiri? Apa hebatnya Almarhumah?

Haa.. ni saya nak bocorkan satu RAHSIA.

Anda nampak kopiah ini..?

Kopiah ini adalah kopiah yang dipakai oleh kesemua Imam dan Bilal Masjid Ar Rahah. Kopiah ini mereka gunakan untuk jalankan tanggungjawab sebagai Imam dan Bilal, berkuliah agama dan kerja-kerja kebajikan.

Dan untuk makluman, kopiah ini adalah sumbangan dari Shuib dan Almarhumah Siti Sarah!

Bayangkan pahala yang sentiasa mengalir buat Almarhumah. Subhanallah. Dan bayangkan kalau sekecil-kecil benda seperti kopiah ini pun mereka mengambil tanggungjawab untuk bersedekah, apatahlagi banyak lagi benda-benda besar! Saya ingat lagi ketika permulaan PKP dulu, Shuib WhatsApp bertanyakan bantuan yang boleh dihulurkan kepada masjid dek kerana ramai yang terkesan termasuk masjid dan surau.

Hebat, bukan? Jadi tidak hairanlah Almarhumah pergi dalam keadaan yang dimuliakan oleh semua orang dan itu tanda dikasihi oleh Allah.

Teman, segala apa yang berlaku di sekeliling kita ini adalah takdir Allah. Punya hikmah untuk kita renungi dan insafi. Ia akan memberi kesan kepada mereka yang berfikir, lalu mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Jom, HIJRAH menjadi HAMBA yang BENAR-BENAR HAMBA!

Broku Shuib Sepahtu , moga terus tabah dan kuat. Moga Syurga buatmu Almarhumah @sitisarahraissuddin.

Instagram : @nizarnadzir

Sumber : Nizar Nadzir