LIMA sekawan iaitu Lan Solo, isterinya, Sheila Hassim, Syura Badron, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Samin, serta jurusolek Aida G, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman RM2.5 juta oleh penyanyi Siti Nordiana masih tidak diwakili peguam.

Peguam dilantik Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, semasa pengurusan kes yang dijalankan secara eReview kelmarin, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan pihaknya selaku peguam plaintif iaitu Siti Nordiana untuk memfailkan afidavit penyampaian sebagai bukti serahan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap kelima-lima defendan itu.

“Bagaimanapun, kelima-lima defendan terbabit masih tidak diwakili oleh peguam serta tiada kehadiran dan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh defendan-defendan setelah writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada kesemua defendan.

“Tarikh akhir untuk kelima-lima defendan memfailkan kehadiran dan pernyataan pembelaan adalah pada 17 Ogos ini.

“Mahkamah selanjutnya menetapkan 23 Ogos ini, pada pada pukul 9 pagi sebagai tarikh pengurusan kes (eReview) yang baru dan untuk memaklumkan defendan-defendan mengenai tarikh baru pengurusan kes tersebut,” ujarnya.

Untuk rekod, penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, memfailkan saman ke atas lima individu itu atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial menerusi sesi siarang langsung di Instagram (IG Live).

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen di sini, dan menamatkan lima sekawan yang disebut kan di atas sebagai defendan.

ARTIKEL BERKAITAN : Makin panas! Siti Nordiana saman Lan Solo, Syura & tiga individu RM2.5 juta , RM 1 juta nilai persahabatan Siti Nordiana & lima sekawan? , Lima individu sudah terima surat tuntutan Siti Nordiana, minta nasihat peguam , Selain mohon maaf, Siti Nordiana tuntut bayaran RM200,000 setiap seorang terhadap Lan Solo, Syura & tiga individu