Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis, warna dan rasa kuih talam. Kali ini Saji kongsikan resipi talam lapis cendol oleh Cef Asma Nodin yang sedap dan lazat. Jom tengok bahan yang diperlukan dan langkah demi langkah untuk menghasilkan juadah ini.

LAPISAN GULA MERAH

BAHAN A
250 gm gula merah
50 gm gula pasir
300 ml santan pekat
600 ml air
½ sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat – secukupnya jika perlu

BAHAN B:
100 gm tepung beras
100 gm tepung gandum
100 gm tepung ubi

CARA
1.Satukan ke semua bahan A ke dalam periuk.
2.Kemudian panaskan bahan A sehingga gula larut atau suam kuku ( berwap sahaja tetapi tidak mendidih).
3.Tuangkan ke dalam bancuhan B, kacau hingga sebati.
4.Tapis dan bahagikan kepada 3 bahagian.

LAPISAN CENDOL

BAHAN A:
200 gm gula pasir
300 ml santan pekat
600 ml air
½ sudu kecil garam
2 helai daun pandan

BAHAN B:
100 gm tepung beras
100 gm tepung gandum
100 gm tepung ubi

BAHAN C:
250 gm cendol

CARA
1.Panaskan bahan A sehingga gula larut atau suam kuku (berwap sahaja tetapi tidak mendidih).
2.Tuangkan ke dalam bancuhan B, kacau hingga sebati dan tapis.
3.Bahagikan cendol kepada 3 bahagian, setiap bahagian di campur cendol.
4.Sapu loyang 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan sedikit minyak dan alaskan dengan plastik tahan panas. Tuangkan lapisan coklat, kukus selama 10 minit.
5.Apabila sudah masak, tuangkan lapisan cendol, kukus lagi hingga habis. Setiap lapisan di cakar dengan garpu supaya setiap lapisan tidak tertanggal semasa memotong.
6.Lapisan akhir kukus selama 15 minit.

TIP CEF:
•Pengukus hendaklah dipanaskan sehingga naik wap atau mendidih sebelum mengukus kuih talam.

Resipi: Cef Asma Nordin, Puchong