ABANG Allahyarham penyanyi Siti Sarah yang dirawat di Hospital Serdang, Selangor akibat positif Covid-19 sebelum ini, telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pagi tadi.

Berita itu dikongsi oleh adik iparnya yang juga pelawak Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menerusi hantaran di Instagram.

“Assalamualaikum semua…Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Abang ipar saya iaitu abang kepada arwah dimasukkan ke ICU. Saya mohon mendokan Ahmad Firdous Raisuddin semoga diberi kesembuhan segera,” katanya.

Terdahulu, URTV melaporkan tahap oksigen abang ipar Shuib itu semakin merosot hingga terpaksa dikejarkan ke hospital namun kondisinya masih stabil.

Siti Sarah meninggal dunia akibat positif Covid-19 selepas bertarung nyawa selama tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras, sejak Jumaat lalu.

ARTIKEL BBERKAITAN: Shuib fobia, abang ipar positif Covid-19 & paras oksigen menurun