Ismail Sabri Yaakob menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini./ Gambar FB Ismail Sabri.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebelum mengunjungi Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad. 

Tepat pukul 2.15 petang, kereta rasmi yang membawa Ismail Sabri kelihatan memasuki perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, diikuti beberapa kenderaan lain termasuk kenderaan rasmi exco kerajaan negeri. 

Beliau yang juga Menteri Pertahanan dilihat beredar kira-kira sejam setengah kemudian.

Baca artikel berkaitan: Sultan Johor terima menghadap Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira pukul 10.45 pagi dan pertemuan itu berlangsung selama lebih sejam, menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda.   -BERNAMA

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram