Teringin nak makan kek? Apa kata cuba resipi kek gula hangus ini. Sedap, lembut dan gebu. Tidak menggunakan banyak bahan dan mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN

450 gm tepung gandum

900 gm gula pasir

400 gm mentega – cair

30 gm soda bikarbonat

20 biji telur

2 tin susu pekat

1 liter air

CARA

  1. UNTUK GULA HANGUS : Panaskan gula di atas api sederhana kecil hingga gula cair . Tambahkan air dan biarkan seketika.
  2. Pukul tepung gandum, soda bikarbonat dan telur hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan susu pekat dan mentega yang telah dicairkan. Pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan gula perang, sambil kacau perlahan-lahan.
  5. Sapukan acuan kek dengan sedikit mentega. Tuangkan adunan tadi dan bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.

Resipi: Hotel Thistle