BBagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi rendang daging Mak Tok yang dikongsi oleh Cef Yati Rahman ini. Rasanya sedap dan sangat menyelerakan. Jom cuba!

BAHAN

500 gm daging segar – potong kecil      

BAHAN KISAR         

2 labu bawang besar         

4 ulas bawang putih          

3 cm halia                                                    

2 batang serai

1 cm lengkuas

5 sudu besar cili kering kisar

1 cawan santan pekat

3 sudu besar kerisik

Sedikit garam

BAHAN TABUR       

1 helai saun kunyit – racik halus

5 helai daun limau purut – racik halus

CARA

  1. Satukan ke semua bahan kisar, dan kisar halus.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar di dalam kuali, santan dan daging. Kacau biar mesra serta masukkan sedikit garam.
  3. Reneh di atas api sederhana, selama 40 minit dan mestilah dikacau dari masa ke semasa hingga pecah minyak.
  4. Apabila rendang sudah kering, taburkan daun kunyit dan daun limau purut untuk aroma yang lebih harum, tutup api dan sedia dihidangkan.
Resipi : Cef Yati Rahman