zizan razak

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menerusi laman Instagram miliknya berkongsi sebuah video yang menjentik hati netizen. Menerusi perkongsian video berdurasi 1.00 minit itu, Zizan dilihat memberi makanan kepada seekor ibu anjing dan anak-anaknya.

Dia juga menasihati andai melihat haiwan comel ini di tepi jalan, tidak salah andai berkongsi rezeki kerana boleh jadi, doa mereka antara yang diangkat di sisi Allah SWT.

‘Nasib baik tak kene gigit anjing. Sedikit nasihat buat semua,” kongsinya.

Sumber : Instagram Zizan Razak