#QuranHour sempena hari kebangsaan

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021, Malaysia #QuranHour tahun ke-7 akan diteruskan lagi dengan kerjasama dan sokongan rakan Sinergi Media Malaysia, bertemakan “Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusof, agenda berinteraksi dengan al-Quran sempena Hari Kebangsaan ini akan membawakan formula untuk menyembuh dan merawat Malaysia dengan solusi kalam Tuhan iaitu surah al-Mulk dan juga tujuh surah Musabbihat.

Seruan berinteraksi pada kali ini disasarkan kepada golongan pemimpin dan ibu bapa bagi mengajak keluarga bersama-sama meluangkan masa selama sejam bermula jam 12 hingga 1 tengah hari pada 30 Ogos yang akan bersiaran secara langsung melalui saluran TV AlHijrah.

Melihat kepada kemelut politik pada hari ini dan keadaan pandemik Covid yang masih tiada penghujung menyebabkan ramai yang terkesan sehingga menjadi cabaran bagi mengesahkan pelaksanaan Malaysia #QuranHour diperingkat kementerian, dalam dan luar negara.

Walau bagaimanapun kami tetap optimis dan berharap kepada Allah semoga Dia memberikan bantuan untuk menjadikan surah al-Mulk serta tujuh surah Musabbihat sebagai momentum kepada semua rumah, sekolah, universiti, organisasi, komuniti, pemimpin dan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara ke arah yang lebih baik.

Katanya lagi di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia anjuran WUIF secara maya, “fokus pelaksanaan selama sejam bersama al-Quran itu nanti digalakkan diadakan di rumah Bersama keluarga masing-masing untuk menhidupkan rumah dengan al-Quran sebagai visi “Masuk Syurga Sekeluarga”