Terdapat pelbagai versi resipi kerutuk, ada yang menggunakan santan dan ada yang tidak. Kali ini Saji kongsikan resipi kerutuk kambing tanpa santan yang sedap dan sangat berbaloi untuk dicuba. Jom cuba resipi oleh Malina ini.

BAHAN
1 kg daging tulang kambing
4 sudu besar cili kering kisar
1 paket kecil rempah rempah kerutuk -campur sedikit air jadikan pes
40 gm kerisik
¼ cawan sos tomato atau tomato puri
1 sudu besar gula merah
3 sudu besar sos tiram
Garam dan gula
Rempah 4 beradik
Minyak
Air

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas

Cara-Cara:
1.Daging kambing dicuci bersih, kemudian toskan.
2.Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik, masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
3.Masukkan cili giling, tumis sebentar.Kemudian masukkan pes rempah.Tumis hingga pecah minyak.
4.Masukkan daging kambing.Gaul sebati dengan rempah tumisan.Biarkan daging hampir empuk.Tambah air jika perlu
5.Masukkan sos tomato/tomato puri, sos tiram,dan juga kerisik.
6.Sesuaikan rasa,tambah garam dan gula jika perlu.Renehkan hingga daging betul2 empuk dan kuah agak pekat.
7.Siap untuk dihidang

Resipi : Malina, Pulau Pinang