Allah sentiasa melihat hambanya

Hidup ini penuh dengan warna-warni. Ada kalanya terang, kadang-kadang pula suram. Apabila mengalami saat-saat manis, dunia ini seolah-olah kita yang punya. Tika itu hanya senyuman terukir di bibir.

Namun manis lawannya pahit. Tidak selamanya kita akan merasai kemanisan. Sampai ketikanya, akan terpalit walau sedikit kepahitan dalam hidup. Pahit itulah sebenarnya cabaran Allah S.W.T. buat kita hamba-Nya.

Cabaran dan halangan yang dilalui oleh setiap khalifah Allah di muka bumi adalah untuk Allah menguji tahap kemantapan iman kita kepada-Nya. Adakah kita akan berputus asa dengan ujian tersebut ataupun kita menjadi seorang yang tabah dan reda melalui setiap detik getir yang diberikan.

Kadangkala kekhilafan yang dilalui oleh kita berpunca daripada diri sendiri. Oleh itu jika ditimpa musibah, bersyukurlah dan lafazkanlah Alhamdulillah… Semakin banyak ujian yang perlu dihadapi menandakan Allah makin mengasihi kita supaya sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik di dunia dan juga akhirat. Bukan bermakna kita dipinggirkan! Itu merupakan cinta ilahi.

Tentunya kita sebagai manusia selalu tidak sabar dengan ujian yang diberikan. Pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri, kenapa semua ini terjadi? Apa sebenarnya tujuan Allah menguji kita?

Setiap kali diuji, ramai yang menganggap Allah melupakan kita, sedangkan Allah itu Maha mengetahui apa perancangan seterusnya. Dia merasakan, Allah telah berpaling daripadanya.

Ujian bukan bermaksud Allah benci tetapi sayang

Hidupnya sentiasa sukar, dan kesenangannya tidak pernah lama. Derita, derita dan derita sahaja yang diterimanya. Bila dia merasakan dia baru sahaja bahagia, akan datang pula satu lagi cabaran yang menggegarkan kehidupannya.

Allah tidak zalim. Allah tidak sekali pun berhenti daripada memandang kita dengan pandangan rahmat kerana di sisi-Nya, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Segala yang dilakukan pasti ada sebabnya.

Sebenarnya Allah memberi masa yang panjang untuk kita berubah. Yang pasti janji Allah itu jelas. Sekali kita bertaubat dengan taubat yang sebenar, maka di sisi-Nya, kita seperti manusia yang tiada dosa. Allah tidak lokek memberi ampun. Namun kita sebagai hamba Nya perlu berusaha. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah:

– Buang sikap risau.
Ada dua kesan daripada kita mempunyai sikap risau. Pertama, ia akan menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa kita pinta. Kedua, ia akan memberi kesan kepada fizikal dan mental. Sikap risau ini akan mendatangkan perasaan takut, kecewa dan sedih. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Untuk membuang sikap risau ini, belajar untuk bertenang dan melatih untuk mengawal keadaan diri kita.

– Belajar bersyukur.
Ucap syukur kepada semuanya, apa saja!. Ucapan syukur ini akan memberi ketenangan kepada hati kita. Seseorang yang selalu mengamalkan ucapan syukur ini kebiasaannya akan tenang menghadapi setiap situasi dan akan redha dengan segala dugaan yang di hadapinya.

– Belajar jadi pemaaf.
Sikap pemaaf ini akan membuatkan hati kita terlepas daripada sikap-sikap yang buruk seperti dengki, bersangka buruk, pemarah, cemburu dan sebagainya. Ia juga akan meneutralkan gelombang negatif yang berada di dalam otak kita.

– Ketawa.
Mengikut kajian sains, ketawa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit jika di buat mengikut kesesuaiannya. Ketawa ini juga dapat menghindarkan kita daripada masalah yang berlaku dan kadang kala akan mempositifkan fikiran kita. Jadi, ketawa lah dengan ikhlas dan bukan di buat-buat. Namun awas, ketawa yang berlebihan membuat kita berdamping dengan syaitan.

Bersyukur dengan nikmat Allah tanda orang beriman

Hati mesti ‘keras’
Maksud hati mesti keras di sini bukanlah bermakna kita mempunyai hati tetap dan tidak boleh diubah-ubah atau pentingkan diri. Maksud di sini adalah hati yang mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka. Allah menurunkan dugaan kepada kita adalah kerana Allah ingin menghapus dosa kita yang lampau.

Sepatutnya kita rasa bersyukur kerana telah dibalas dosa kita di dunia dan bukan di akhirat yang sudah tentu lebih teruk azabnya. Selain itu juga, dugaan yang di terima oleh kita adalah di sebabkan Allah sayang dengan kita.

Manusia ini sifatnya akan mengingati Allah apabila berlaku kesusahan. Maka dengan dugaan yang di beri, Allah ingin kita mengingati Nya. Itulah tanda Allah sayang kepada kita. Allah tidak zalim kepada hamba Nya tapi hamba-Nya saja yang sentiasa menzalimi diri mereka sendiri. Wallahu a’lam

_________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram