Ketika segelintir penjawat awam enggan divaksin tanpa sebab, masyarakat Orang Asli yang pada mulanya bimbang dengan vaksin dilaporkan cukup terbuka menerimanya setelah diberi kefahaman tentang kepentingan imunisasi dalam usaha melawan COVID-19. GAMBAR HIASAN: Abd Razak Aid

DATA di United Kingdom (UK) menunjukkan tiga daripada empat individu bawah 50 tahun yang positif COVID-19 varian delta terdiri daripada mereka yang belum divaksinasi.

Dan seperti mana negara-negara lain, UK juga bergelut dengan sikap ketegaq sebahagian rakyatnya yang tidak mahu divaksin walaupun peluang itu ada di depan mata dan bila-bila masa sahaja.

Justeru, pegawai tinggi kesihatan di negara itu sejak beberapa minggu ini berulang kali mengingatkan rakyatnya yang belum divaksinasi supaya segera mendapatkannya.

Keseluruhannya 47.5 juta penduduk UK sudah mendapatkan dua dos vaksin dengan 57,289 mendapatkan suntikan pertama semalam yang turut merangkumi ramaja 16 dan 17 tahun.

Pelbagai usaha berupa pujukan, nasihat dan peringatan terus diberikan kepada warga UK dan hal sama juga di negara maju lain.

Di Malaysia, program vaksinasi sedang rancak berjalan sejak dimulakan pada 24 Februari lalu.

Kadarnya tinggi dan sudah tentu masalah global mengenai golongan tidak mahu divaksin harus difikirkan dari sekarang.

Mereka ini walaupun minoriti tetapi boleh mensabotaj program imunisasi di Malaysia kerana untuk mencapai imuniti berkelompok memelukan seramai mungkin yang boleh menerima vaksin, divaksin.

Ini memandangkan ada golongan yang perlu dikecualikan seperti sebab perubatan dan kanak-kanak.

Apa pilihan yang ada? Kaedah perundangan salah satunya. Ini pernah disebut Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa minggu lalu.

Baca artikel berkaitan: Jadikan vaksin mandatori akan diputuskan selewatnya bulan depan – PM

UK beli sampai 500 juta dos vaksin, apa mereka nak buat?

Antara yang akan dilihat ialah bilangan yang menolak vaksin, sedikit atau ke tahap boleh mengganggu usaha mencapai imuniti berkelompok.

Ramai sudah bersurara kewajaran jika digerakkan usaha menjadikan suntikan vaksin COVID-19 mandotori.

Apatah lagi membaca laporan berita mengenai 779 guru di Johor tidak mahu menerima vaksin COVID-19.

Baca artikel berkaitan: TMJ titah 779 guru tolak vaksin di Johor menghadap

Guru patut jadi contoh, jangan terpedaya antivaksin – Sultan Johor

Di peringkat dunia, Turkmenistan dilaporkan negara terawal yang mewajibkan vaksin kepada semua warganya yang berusia 18 tahun ke atas walaupun negara itu sebelum COVID-19 lagi agak tertutup kepada dunia luar.

Beberapa negara lain seperti Kazakhstan juga ada mewajibkan vaksin untuk golongan tertentu seperti kepada kelompok pekerja.

Apa pun, hal ini perlu dikaji secara serius walaupun diakui pada masa sama mungkin terdapat halangan perundangan apabila melibatkan hujah hak asasi dan sebagainya.

Tapi pastinya akan ada ruang untuk cari kaedah untuk membuatkan mereka yang layak menerima vaksin divaksin.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram