Bagi penggemar sajian sambal, resipi udang sambal hijau perkongsian Nazura Zainal Abidib ini antara yang harus anda cuba. Memang sedap. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
300 gm udang sederhana besar – bersihkan
3 tangkai kacang panjang
2 helai daun limau purut
60 ml santan
1 labu bawang besar – hiris bulat
Sedikit minyak masak
Garam dan gula

BAHAN KISAR
4 tangkai cili hijau
8 tangkai cili padi
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

CARA
1.Udang yang telah dibersihkan, digoreng beberapa minit sahaja dan diangkat.
2.Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3.Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Bubuh daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
4.Apabila tumisan kelihatan sudah masak sempurna, masukkan udang.
5.Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan gaul rata. Masukkan hirisan bawang besar dan boleh dihidangkan.

Resipi : Nazura Zainal Abidin