andi bernadee

Penyanyi popular, Andi Bernadee memohon netizen agar menghentikan tuduhan pecah amanah yang dilemparkan kepada rakan-rakannya.

Jelas Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, semuanya telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan berharap agar dakwaan fitnah dihentikan.

“Salam semua, hari ini terkejut saya ada rakan rakan artis yang telah dituduh berikutan kes ‘pecah amanah’ saya.

Saya mohon kepada Jabatan Netizen hentikan aktiviti fitnah memfitnah untuk mengisi masa lapang.

Saya dah serahkan semuanya kepada pihak polis dan peguam.

Doakan saya agar dapat tegakkan kebenaran dan hak saya setelah berhempas pulas demi mencari rezeki untuk saya dan keluarga saya.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusannya dipermudahkan. Malah Andi turut memohon maaf kepada rakannya Amir Hasan yang turut terpalit atas dakwaan terbabit.

Terdahulu, Andi telah membuat laporan polis terhadap seorang individu yang merupakan rakan baiknya berhubung pecah amanah yang menyebabkan dia kerugian wang sebanyak RM70,000.

Sumber : Andi Bernadee