menyamar
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor mengesan terdapat pihak menyamar dan menggunakan nama Ayob Khan bagi tujuan jenayah itu.

MUNGKIN disebabkan populariti Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay khasnya di media sosial ketika ini, rupanya ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai Ketua Polis Johor itu untuk kegiatan penipuan.

Menerusi kenyataan media, Ayob Khan berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengesan terdapat pihak menyamar dan menggunakan namanya bagi tujuan jenayah itu.

Beliau berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu akan menyamar dengan menggunakan nombor telefon 016-4818565 dan 010-8368223.

“Adalah diingatkan semua masyarakat dan orang awam tidak terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor.

“Sekiranya terkesan perbuatan demikian sila laporkan kepada ke mana-mana balai polis berdekatan atau pusat kawalan menerusi talian 07-2254047 atau hubungi Pegawai Khas Ketua Polis Johor 013-9058124,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.