siti nurhaliza

Berkongsi petikan hadith berkisar soal rezeki, kematian dan jodoh, jelas penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, setiap dari kita harus terus kuat kerana ujian yang datang adalah untuk menguji keimanan dan menaikkan lagi martabat hambaNya disisi Allah SWT.

Ibu kepada dua anak ini juga menitipkan ucapan takziah buat mereka yang kehilangan insan tersayang akibat wabak Covid-19.

“Hadith ini hadist yang panjang, yang menceritakan tentang penciptaan manusia di rahim seorang ibu, sampai menjadi segumpal daging lalu di tiupkanlah oleh malaikat ruh kepada janin trsebut sambil menentukan semua takdirnya.

Hadith ini juga menerangkan tentang takdir rezeki, takdir kematian dan jodoh kita yang sudah di tentukan dan di tulis di lauh manfuzd 50.000 tahun sebelum di ciptakannya langit dan bumi.

Kerana Pandemic covid19 ramai yang kehilangan insan tersayang, hilang mata pencarian & hilang kekuatan..Kita kena terus kuat kerana setiap ujian Allah SWT menguji keimanan & kesabaran serta menaikkan lagi martabat bagi Hambanya yang Redha , Sabar serta berusaha kerana Hidup ini hanyalah pinjaman sahaja .. Yang Abadi Adalah di sana .. Wallahu’alam.

#alfatihahbuatmagsacovid19
#jumaatyangmulia
#perkongsianhadith.”

Foto : Siti Nurhaliza