Penggemar kek coklat rugi kalau tak cuba resipi ini. Resipi kek coklat moist ini memang sedap dan mudah disediakan. Makan sekali pasti nak lagi. Berbaloi cuba.

BAHAN
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
100 g serbuk koko
250 gm gula kastor
1 tin susu cair
200 ml minyak masak sayuran
250 gm susu pekat
4 biji telur – pukul sehingga berbuih

BAHAN COKLAT HIASAN
500 gm coklat masakan
50 gm mentega
125 ml susu cair

CARA
1.Satukan soda bikarbonat, koko, susu cair, susu pekat dan minyak masak sayuran di dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga adunan licin. Tidak perlu sampai mendidih.
2.Masukkan pula, telur yang telah dipukul, diikuti dengan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3.Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
4.Tuangkan adunan kek. Kukus selama satu jam dengan api yang sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum dikukus.
5.UNTUK TOPPING COKLAT : Panaskan mentega dan susu cair sehingga cair dengan menggunakan teknik “double-boiler”.
6.Kemudian masukkan coklat masakan yang telah di racik. Kacau sehingga semuanya sebati. Tunggu sehingga sejuk sedikit dan tuang ke atas kek.

Foto & Resipi: Norzila Saim (www.zila4ever.blogspot.com)