Biasanya masakan percik ini popular menggunakan ayam, apa kata kali ini tukar kepada udang pula. Boleh dijadikan lauk atau diratahnya macam itu sahaja. Jom lihat cara menyediakan resipi udang galah percik ini dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
1 kg udang galah
100 ml santan
Garam dan gula
Minyak masak

BAHAN KISAR
200 gm bawang merah
200 gm bawang putih
100 gm halia
200 gm serai
100 gm kunyit
50 gm cili kering – rebus
50 gm halba

CARA
1.Perap udang dengan sedikit bahan kisar dan bakar sehingga masak. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
3.Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
4.Tuang kuah di atas udang yang telah dibakar tadi.

Resipi: Infusion Café & Restaurant, Hotel KSL, Johor Baru