“Bantuan untuk Izuan Fitri,” – Achey mohon bantuan biaya perubatan pelakon remaja

Dari Penulis

Pelawak dan pelakon, Achey menerusi laman Instagram miliknya berkongsi sekeping foto yang memuatkan maklumat mengenai permohonan bantuan kewangan bagi membiayai perbelanjaan perubatan pelakon remaja, Mohd Izuan Fitri, 19.

Menerusi foto tersebut, disertakan juga nombor akaun bagi memudahkan netizen memberikan sumbangan.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen menitipkan doa semoga pelakon ini diberi kesembuhan.

Terdahulu, memetik laporan, keadaan kesihatan pelakon filem One Two Jaga itu belum menunjukkan sebarang perkembangan positif selepas menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Izuan juga dijangkiti penyakit tibi atau batuk kering.

Foto : Achey


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This