Datuk Seri Ahmad Maslan. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBELUM ini, keputusan UMNO menangguhkan pemilihan jawatan parti itu di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) pada tahun ini diputuskan sebagai tidak sah.

Namun dalam perkembangan terbaru, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memaklumkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan bagi penggal 2021/2023 di semua peringkat adalah sah dan telah dibuat secara teratur.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi surat yang diterima daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Jasri Karim lewat petang tadi.

Baca artikel berkaitan: Keputusan tangguhkan pemilihan UMNO tidak sah – RoS

Pemilihan: UMNO jawab surat RoS Isnin ini – Ahmad Maslan

Ahmad berkata sehubungan itu, pemilihan jawatan UMNO untuk MT, bahagian dan cawangan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kepada RoS sebelum 29 Disember 2022.

Bagaimanapun, katanya mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran satu perempat kuorum masih perlu diadakan pada tahun ini dengan tarikh akan dimaklumkan kemudian. 

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram