Sebahagian daripda Sukarelawan mengibarkan Jalur Gemilang sempena menyambut Kemerdekaan yang ke-64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). GAMBAR: Abd Razak Aid

MERDEKA…Walaupun negara masih berhadapan ancaman pandemik COVID-19, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk menyambut Hari Kebangsaan Ke-64 dalam suasana norma baharu menerusi pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Itu yang dilakukan petugas-petugas sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bersatu hati memakai pakaian tradisional pelbagai kaum serta baju kebangsaan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara hari ini. 

Sebahagian daripada sukarelawan mengambil peluang merakamkan gambar bersama Jalur Gemilang ketika bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sebahagian daripada 320 petugas bersemangat ketika bertugas di PPV untuk menyambut serta menyantuni orang ramai yang mengambil suntikan vaksin Covid-19 di lokasi tersebut.

Ia merupakan kelainan untuk menyerikan lagi suasana di pusat vaksin berkenaan ketika sambutan Hari Kebangsaan ini.

Sukarelawan, Lydia Bekit (kanan) bersama rakannya, Muhammad Haziq Jamaluddin (kiri) membantu penerima vaksin untuk membuat pendaftaran di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Antaranya ada yang lengkap berbaju Melayu bersamping serta memakai tengkolok dan ada memakai sari, kurta, cheongsam dan pakaian etnik rakyat Sabah.

Menurut seorang petugas sukarelawan, Lydia Bekit dari Sabah yang mengenakan pakaian tradisi suku kaum Dusun Guna merasa sangat bangga mengenakan pakaian berkenaan pada Hari Kebangsaan.

Sukarelawan, Lydia Bekit (kanan) yang memakai pakaian tradisi dari suku kaum Dusun Gana membantu salah sorang penerima Vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Baju suku kaum Dusun Guna ini biasanya dipakai ketika Pesta Menuai namun ia merupakan baju kebangsaan rakyat Malaysia juga, kita perlu sama-sama menghayati semangat kemerdekaan,” katanya.

Seorang penerima vaksin, Muhammad Salim Fauzi, 24, memakai baju serta tanjak bertemakan Jalur Gemilang ketika datang untuk mengambil dos kedua vaksin.

Muhammad Salim Fauzi, 24, memakai baju dan tanjak dari Jalur Gemilang ketika menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya minta kakak saya jahitkan baju dan tanjak yang dibuat dari Jalur Gemilang. Saya rasa sangat bangga, inilah cara saya untuk tunjukkan semangat kemerdekaan. 

“Walaupun negara kita sekarang masih dalam keaadan PKP dan dilanda wabak Covid-19, tidak salah rasanya kita menyambut dengan norma baharu agar dapat menyemai semangat cintakan negara,” jelasnya.

Muhammad Salim Fauzi, 24, bersemangat dengan memakai baju dan tanjak dari Jalur Gemilang selepas menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Salah seorang penerima vaksin memegang Jalur Gemilang ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sukarelawan, Lydia Bekit, bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sambil memakai pakaian tradisi dari suku kaum Dusun Gana di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Salah seorang sukarelawan memakai pelitup muka Jalur Gemilang ketika bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sukarelawan, Ahmad Syarifuddin Ruspin (tengah) bersama Anne Foo Mei Mei (kanan) membantu salah seorang penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. 
GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripda Sukarelawan mengibarkan Jalur Gemilang sempena menyambut Kemerdekaan yang ke-64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid