ozlynn wati

Keletah anak-anak sewaktu kecil memang mencuit hati dan penuh kejutan. Perkongsian pelakon dan pelawak, Ozlynn Wati, gelagat anak-anaknya tidur bersama Johan mengundang tawa netizen.

Ibu kepada lima anak itu menyatakan, anak-anaknya cukup gemar tidur berhimpit dengan si bapa.

“Xyah pelik mmg sejenis mcm ni.. penoh dlm galeri fon.. kebykan gmbr sume berimpap.. xleh sorg baring kt papa.. sume dtg.. baik yg kecik smp la ke besar.. 😂.. kalau dh kawin nnt sume mcm ni x? 🤣.”

Di ruang komen, netizen turut sama memberikan reaksi dan ada yang mengatakannya seperti filem The Croods.

Foto : Ozlynn Wati