Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
MENGAPA SAYA HARUS BERHENTI MEROKOK?
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh :
- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
- Mengalami perkembangan paru-paru yang emah
- Mendapat asma

APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEHI DENGAN BERHENTI MEROKOK?
- Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok.
- Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
- Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok.
- Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.

- Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
- Meningkatkan deria bau dan rasa.
- Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
- Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
- Meningkatkan kesuburan. Meningkatkan tahap ‘kelakian’.
- Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain.
- Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

TIP BERHENTI MEROKOK 12 M
- Melengah-lengahkan, tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
- Menarik nafas panjang, tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
- Minum air, terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
- Menyibukkan diri, buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
- Menjauhkan diri daripada orang yang merokok.
- Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok. Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
- Membasuh tangan selalu.
- Mandi dengan kerap.
- Meregangkan otot. Lakukan senaman.
- Regangan apabila rasa mengantuk.
- Meditasi.
- Memohon doa, berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha.