Kuih telaga emas adalah kuih tradisional yang menjadi kesukaan ramai. Rasanya lemak, manis dan sangat sedap. Sesuai dihidangkan waktu sarapan dan minum petang atau sebagai pencuci mulut. Jom ikuti bahan dan cara penyediaan kuih ini.

BAHAN TELAGA
2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil perisa pandan
Pewarna hijau
Air secukupnya

BAHAN EMAS
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
1 cawan santan + 2 sudu besar santan
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

CARA

  1. Panaskan pengukus dan sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.
  2. Bancuh adunan telaga dan buat seperti kuih buah Melaka.
  3. Tepekkan pada acuan di sekelilingnya.
  4. Satukan semua bahan emas, kisar dan tuang ke dalam acuan.
  5. Kukus selama 20 minit.

Resipi dan foto: Mariana Zainal, Teluk Panglima Garang, Selangor