Bagi yang meminati drama bersiri dari Korea, pada September ini Astro akan menyajikan tayangan perdana siri-siri terbaharu K-drama yang menarik untuk anda.

Ditayangkan pada hari yang sama tayangan di Korea, pelanggan Astro akan dapat menonton siri kegemaran Korea seperti High Class, Hometown, The Veil dan One The Woman menerusi Oh!K (saluran 394 HD), tvN (saluran 395 HD), ONE (saluran 393 HD), dan K-Plus (Astro GO saluran 395 HD).

Jom ikuti sinopsis dan informasi tentang siri-siri K-drama yang bakal disajikan kepada penonton nanti.

HIGH CLASS

Bermula 7 September, Selasa & Rabu, 9.15 malam K-Plus (Astro GO saluran 395 HD)

Sempurnakah kehidupan 0.1 peratus wanita dari golongan teratas di mata masyarakat? Drama ini mengisahkan fitnah dan kepuraan yang tersembunyi di sebalik kehidupan tersebut. Ia menjadi tegang dan misteri kepada golongan yang mengalaminya. Song Yeo-ool dibelengu dengan pembunuhan suaminya dan dia kehilangan segalanya. Nam Ji-seon terkenal di kalangan ibu-ibu di sekolah antarabangsa, tempat di mana anak-anak golongan elit bersekolah. Danny, bekas pemain hoki ais adalah seorang guru di sekolah itu. Hwang Na-yoon pula seorang ibu tunggal dan merupakan satu-satunya wanita yang mesra dengan Song Yeo-ool. Cha Do-yeong, seorang pelakon yang kurang mendapat perhatian, mengikuti Nam Ji-seon kerana ingin mendapati perhatian ramai.

HOMETOWN

Bermula 23 September, Khamis & Jumaat, 9.15 malam tvN (saluran 395 HD), On Demand & Astro GO

Sebuah kisah misteri seram di tahun 1999, di mana seorang detektif dan seorang wanita mencari anak saudaranya yang diculik, dan berganding bahu untuk mencari pengganas yang dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan.

THE VEIL

Bermula 18 September, Sabtu & Ahad, 7.50 malam Oh!K (saluran 394 HD)

Drama ini mengisahkan tentang ejen NIS teratas yang menghadapi masalah besar dalam organisasi ketika dia mengejar pengkhianat yang telah merosakkan reputasinya. Ini merupakan satu proses untuk catatan rekod sebagai agen yang telah membuat dirinya untuk melupakan kenangan lalu dan menjalani kegelapan dalam dirinya.

ONE THE WOMEN

Bermula 18 September, Sabtu & Ahad, 9.45 malam ONE (Saluran 393 HD), On Demand & Astro GO

Kisah seorang pendakwa yang terlibat dengan rasuah, Jo Yeon Joo, kehilangan daya ingatannya dalam kemalangan kereta dan terbangun dari koma dengan identiti baru bernama Kang Mi Na, setelah ramai yang keliru kerana persamaan mereka. Dia memulakan kehidupan barunya sebagai menantu kepada keluarga Chaebol dari perkahwinan yang diatur dan dia diharapkan menjadi suri rumah yang konservatif. Sementara itu, suaminya Han Seung Wook, bertemu dengan cinta pertamanya, dan dia masih mempunyai perasaan pada wanita itu.