pkpd
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal sekitar kawasan perumahan yang dipagar menggunakan kawad duri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Merpati, Pandan Indah, Kuala Lumpur. - GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK dua lagi lokaliti di Kedah dan Sabah akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes positif COVID-19.

PKPD bermula Isnin itu akan dikenakan selama dua minggu, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad dalam kenyataan hari ini.

Keputusan melaksanakan PKPD di dua lokaliti di Kedah dan Sabah itu dilakukan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Penguatkuasaan PKPD di kesemua lokaliti itu akan berterusan sehingga 19 September depan.

BERITA BERKAITAN Tujuh lokaliti di Kelantan, Pahang dan Sabah dikenakan PKPD

Menurut Rodzi, PKPD yang diumumkan hari ini melibatkan satu lokaliti di Kedah dan Sabah.

Katanya, di Sabah, perintah itu melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu.

“Sementara itu, dua zon dalam Mukim Kuala Kedah, Kota Setar, Kedah turut dikenakan PKPD,” kata kenyataan tersebut tanpa memberikan butiran terperinci mengenai kawasan terlibat.

Selain itu, satu lokaliti yang sepatutnya tamat PKPD esok akan dilanjutkan lagi selama dua minggu sehingga 19 September depan.

“Lokasi itu ialah di Penjara Tapah (termasuk kuarters), Batang Padang, Perak,” katanya.

Sementara itu, 23 lokaliti di Sabah, Pahang, Kedah, Perak dan Kelantan ditamatkan PKPD di kawasan masing-masing mulai esok. Kawasan-kawasan berikut adalah seperti dalam gambar rajah berikut.

  • UTUSAN TV