Sedapnya sotong sumbat sambal kelapa ni. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN:
3 kg sotong putih
10 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
2 batang serai (kisar)
100 gm cili kering (kisar)
1 kg kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa

BAHAN KUAH:
10 ulas bawang merah (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
4 batang serai (kisar)
Sedikit belacan (kisar)
Daun limau purut secukup nya (hiris halus)
1 helai daun kunyit (hiris halus)
3 sudu besar cili kisar
½ biji kelapa (ambil santan pekat)
Garam, gula dan serbuk perasa
Sedikit air asam

CARA:
1.Bersihkan sotong kemudian tos kan, tumiskan bahan kisar kemudian masukkan cili giling kacau hingga pecah minyak.
2.Kemudian masukan kelapa parut, air asam jawa, garam dan gula kacau sampai kering dan asingkan.
3.Untuk membuat kuah, tumis bahan kisar, daun limau purut, daun kunyit dan cili giling masak sampai pecah minyak.
4.Masukan santan, garam dan gula.
5.Kemudian, masukan sambal kelapa ke dalam sotong, cucuk dengan lidi sate. Setelah siap masukkan ke dalam kuah, tunggu sehingga sotong masak dan siap untuk dihidangkan.

Resipi: Hotel Perdana Kota Bharu