Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menganugerahkan biasiswa bernilai RM1.1 juta kepada empat pelajar terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar negara.

Biasiswa di bawah Anugerah Biasiswa Prasiswazah 2021 untuk tempoh tiga tahun akan datang itu membuktikan komitmen BPMB dalam melahirkan Pemimpin Masa Depan walaupun berdepan cabaran pandemik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail berkata, inisiatif itu penting bagi melahirkan bakat yang berpotensi yang akhirnya akan menjadi sebahagian daripada organisasi untuk mendorong dan memberikan nilai untuk keperluan pembangunan negara.

“”Mereka akhirnya akan menjadi sebahagian daripada organisasi untuk mendorong dan memberikan nilai kepada keperluan pembangunan Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Nazir Razak dilantik Pengerusi Bank Pembangunan

“Saya sangat kagum dengan penerima biasiswa kami tahun ini. Mereka bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi telah menunjukkan kualiti kepemimpinan yang dikagumi pada usia yang muda,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, BPMB telah memberikan biasiswa kepada 13 pelajar cemerlang negara dengan anggaran nilai biasiswa sehingga RM6 juta.

Sejajar dengan komitmen berterusan kumpulan dalam memperjuangkan kelestarian agenda, anugerah yang ditubuhkan pada 2013 itu adalah sebahagian daripada Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BPMB.

Penerima Anugerah Biasiswa Prasiswazah BPMB 2021 adalah Kaartik A/L Nagarajan, 21, BSc Sains Komputer; Irfan Qureshi Mohamad Aslam, 19, BSc Sains Komputer; Aimi Nabilah Baharudin, 21, Bsc Sains Aktuari dan Audra Qistina binti Azli, 19, Sarjana Muda Undang-Undang.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram