Bagi yang pening memikirkan apa yang ingin dimasak hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi bukhari daging yang dikongsi oleh Siti Zaidah ini. Resipinya sangat sedap dan membuka selera. Pastinya anda akan berpuas hati.

BAHAN
3 cawan beras basmathi
500 gm daging – potong nipis
3½ cawan air
2 sudu besar rempah bukhari
½ cawan susu cair
2 sudu besar sos tomato
½ cawan kismis
2 helai daun pandan – siat dan simpul
1 batang serai – titik
3 cm halia – kisar
5 ulas bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – kisar
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit daun pudina
Sedikit daun Ketumbar
Pewarna kuning
Garam dan gula

BAHAN REMPAH
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga

CARA
1.Panaskan minyak sapi dan minyak jagung, tumiskan bahan rempah, daun pandan, serai sehingga harum.
2.Masukkan bawang merah , halia, serai dan bawang putih dan rempah bukhari. Tumis sehingga wangi.
3.Masukkan daging , serbuk pati ayam, air, garam dan gula. Masak sehingga daging betul-betul empuk.
4.Setelah daging empuk, masukkan susu cair dan sos tomato. Biarkan ia mendidih seketika.
5.Selepas itu, bolehlah masukkan beras basmathi, daun ketumbar dan daun pudina. Tutup rapat periuk, tanak sehingga masak.
6.Apabila nasi hampir kering, letak beberapa titis pewarna kuning dan kismis. Tutup kembali periuk dan tanak kembali nasi.
7.Setelah nasi masak,terus gemburkan nasi supaya warna dan kismis serata.
8.Tabur bawang goreng, daun pudina dan ketumbar. Hidangkan.

Resipi : Siti Zaidah Md Ibrahim