al mulk

Pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi laman Instagram berkongsi kelebihan mengamalkan surah Al Mulk.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi).

“Jom Kita Sama-sama Amalkan Surah Al Mulk!
Memang banyak kelebihan ayat-ayat Al Quran, di mana setiap butir huruf dan perkataannya terkandung seribu satu hikmah apabila ia dibaca, dilazimi, difahami dan ditadabbur.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan amalan membaca surah Al Mulk dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan sudi mengampuni segala dosa kita, menyelamatkan kita dari azab kubur serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.

Mudah-mudahan, Insha Allah.

Wallahu ‘alam.
@usahaimanamal 🦋
#almulk.”

Foto : Instagram Sherry Ibrahim