Pandangan kotak pengecas Tolv lembut sentuhan.

SELEPAS lebih dua minggu menggunakan set fon telinga wayarles Sudio Tolv, satu persoalan yang timbul adakah masih berbaloi untuk memiliki alat ini pada tahun 2021 sedangkan ia sudah berada di pasaran sekitar dua tahun lepas.

Tolv yang dihasilkan Sudio ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan mereka yang mencari set fon telinga wayarles pada harga mampu milik terutama yang inginkan bunyi sebenar ketika mendengar muzik.

Jika dilihat kepada komen-komen pengguna mengenai alat ini, rata-rata memuji bunyi yang dihasilkan tanpa mengorbankan banyak perkara dengan tanda harga yang dibawa peranti ini.

Kebanyakan mengatakan, biarpun bunyi bes yang dihasilkan tidaklah sekuat yang diingini, ia bukanlah satu kekurangan memadangkan bukan semua yang membeli produk itu mencari kelebihan di situ.

Satu perkara yang perlu kita ingat, bila berbicara mengenai bunyi, ia adalah sesuatu yang amat subjektif bergantung kepada pengguna itu sendiri.

Ada dalam kalangan kita lebih sukakan bunyi yang kasual dan tidak terlalu kuat besnya, dan ada sesetengah yang sememangnya suka kepada bunyi lebih “kebabom”.

Walau apa jua yang kita mahukan ia terpulang kepada selesa masing-masing, dan jika anda mencari alat yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan serta masih mampu menyampaikan prestasi memuaskan, sila baca artikel ini sehingga habis.

Warna kelabu gelap agak menawan untuk diihat

Rupa Paras

Tolv dibaluti material lembut pada sentuhan, yang sememangnya sedap disentuh, malah rupa parasnya agak menarik apabila dipadankan dengan pilihan warna yang pelbagai.

Antara pilihan warna yang ditawarkan untuk Tolv adalah biru, merah jambu, hijau, kelabu dan juga putih.

Terdapat butang fizikal bulat pada bahagian sisi setiap unit Tolv yang digandingkan dengan pelbagai warna bagi menampakkan kelainan.

Bagi kotak pengecasan juga dihasilkan menggunakan material lembut disentuh, kecil serta mudah dibawa ke mana-mana.

Ia juga selesa dipegang, tidak licin dan memiliki satu tali yang terbina di bahagian tepi seperti pemegang kepada kotak pengecasan.

Kiri dan kanan set fon telinga Tolv

Prestasi

Menggunakan peranti ini buat pertama kali, ia mudah dihubungkan dengan telefon pintar ataupun komputer riba.

Ia tidak memerlukan sebarang aplikasi khas, cukup sekadar mengaktifkan Bluetooth pada telefon pintar atau komputer untuk tujuan sambungan.

Selepas dihubungkan, Tolv sedia menerima tugasan daripada pengguna, sama ada untuk memainkan muzik atau menjawab panggilan telefon.

Sama seperti yang diperkatakan pengguna yang sudah membeli alat ini, ia mampu memberikan bunyi yang memadai dengan nada yang jelas ketika memainkan muzik.

Bunyi bes mungkin sedikit “kecewa”, akan tetapi perkara itu terlalu subjektif untuk diberi justifikasi jelas disebabkan citarasa kita semua tidak sama.

Jika anda tidak kisah kepada bunyi bes yang kasual, ya Tolv mungkin pilihan yang anda inginkan.

Secara keseluruhan bunyi yang dihasilkan langsung tidak mengecewakan, cukup buat seseorang itu tenggelam dibuai muzik didengari tanpa rasa “sakit hati”.

Jika mereka yang gemarkan aktiviti luar seperti berjoging, Tolv boleh menjadi peneman yang baik kerana ia duduk di dalam telinga tanpa gangguan.

Ia rasa ringgan, malah langsung tidak sedar kita memakainya ketika berlari.

Selama lebih dua minggu berlari dan bermain tali skip, Tolv terletak di dalam telingga tanpa langsung rasa goyang walaupun sedikit.

Buat mereka yang gemarkan bunyi bes, Tolv boleh dikawal menggunakan tetapan pada audio tersedia pada telefon pintar anda.

Namun, ia bergantung kepada jenis telefon pintar yang digunakan.

Jika boleh, ya bunyi bes yang anda inginkan mungkin boleh dicapai menggunakan Tolv, dan ia tidak langsung mengecewakan.

Tetapan audio yang boleh dilakukan pengguna untuk bunyi bes lebih “kaw”, tetapi bergantung pada fungsi telefon pintar yang digunakan.

Kesimpulan

Sudio bukanlah satu jenama asing yang bergelumang dalam menyedia set fon telinga wayales pada harga mampu milik dan masih memberikan satu kepuasan buat pengguna yang gemarkan bunyi tanpa mengorbankan aspek penting dalam peranti dimiliki.

Dengan pelbagai barisan set fon telinga seperti Sudio Nio, Tolv, Ett dan Tolv R, pengguna hanya perlu memilih pasangan sesuai buat teman pendengaran setiap hari.

Biarpun Tolv bukanlah peranti set fon telinga wayales terkini daripada Sudio, namun ia merupakan gajet yang berbaloi walaupun sedikit ‘berusia’ berbanding dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran ketika ini.

Perkara-perkara berikut mungkin boleh dipertimbangkan anda seperti butang fizikal yang disertakan bersama Tolv lebih memudah menggunakan fungsi tersedia pada alat itu seperti Play, Pause dan Stop.

Pilihan warna dan rupa yang menarik dengan sentuhan lembut pada alat serta bekas pengecas.

Apa jua kesimpulan ia berbalik kepada “kecantikan itu terletak pada mata orang yang melihat” di mana kita lebih cenderung melihat perkara yang cantik berbanding fungsi yang disediakan.

Tolv sememangnya lawa dan penuh dengan fungsi menarik buat mereka yang inginkan sepasang fon telinga wayarles pada harga berpatutan.

Biarpun sudah tahun 2021, Tolv masih relevan buat pengguna, walaupun ada sedikit kekurangan.

Buat mereka yang mencari alat ini, jangan lupa Shopee 9.9 Super Shoping Day akan menawarkannya pada harga RM297 berbanding harga jualan RM359 melalui kedai rasmi Sudio di https://invol.co/cl60qim

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Spesifikasi:

  • Bateri sehingga 35 jam
  • Masa bermain sehingga 7 jam
  • Julat bluetooth 15m
  • Mikrofon terbina
  • Sokongan Bluetooth 5.0