Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memeriksa surat kebenaran rentas daerah pemandu serta penumpang kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Kanagapuram, Petaling Jaya Julai lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 15,754 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan menerusi Operasi Benteng (Ops Benteng) di bawah ‘National Task Force’ bagi tempoh Mei 2020 hingga Selasa lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi tempoh sama, seramai 2,232 PATI diusir dalam operasi yang melibatkan 19 agensi.

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN.

Ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Mariim Malaysia).

“Selain pendatang tanpa izin, seramai 1,148 orang tekong dan 781 penyeludup turut ditangkap dalam tempoh yang sama.

“Dari sudut rampasan pula, saya dimaklumkan bahawa sebanyak 2,381 kenderaan darat dan 540 buah kapal/bot berjaya dirampas,” kata Hishammuddin dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dari Ops Benteng bawa kepada rampasan suku tan syabu

Maritim Malaysia rampas 45 set bubu naga

Lembah Klang beralih ke Fasa 2, tiada lagi sekatan jalan raya

Hishammuddin berkata, selari dengan matlamat utama pelaksanaan Ops Benteng, ATM akan terus berusaha dan bekerjasama rapat dengan semua agensi terbabit, bagi mengawal ketat sempadan negara daripada kemasukan pendatang tanpa izin di samping mengekang penularan wabak COVID-19 yang mungkin dibawa golongan berkenaan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram