SEORANG Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga pegawai kanan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM2.2 juta, dari 2016 sehingga 2019.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan perintah reman terhadap semua suspek berusia 49 hingga 58 tahun itu sehingga 12 September ini, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, menurut sumber SPRM, kesemua suspek ditahan di pejabat SPRM Kedah pada 3.45 petang hingga 4.15 petang Rabu, selepas hadir memberi keterangan.

Baca artikel berkaitan: Salah guna dana RM.2.2 juta, 4 pegawai kanan bekas subsidiari GLC ditahan SPRM

Katanya siasatan awal mendapati CEO dan tiga lagi pegawai kanan syarikat itu disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka dengan menyalurkan dana GLC tersebut ke dua syarikat yang dipercayai kesemua suspek mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan permohonan reman berkenaan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram