vida iqbal

Gelagat usahawan terkemuka, Datuk Seri Vida menerusi siaran live di laman Instagram miliknya mencuit hati peminat yang menonton. Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dilihat bersedia untuk memulakan sesi live namun kemudiannya terhenti apabila kekasih hati, Ahmad Iqbal Zulkefli secara tiba-tiba menghubungi menerusi telefon.

Malah gelagat pembantu yang dikenali sebagai Dila yang kelihatan cukup teruja dan tersipu malu membuatkan netizen semakin terhibur.

Terhibur dengan gelagat pasangan ini, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Terdahulu Vida didakwa akan menamatkan zaman solo dengan bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli menjelang Disember nanti.

Foto : Instagram Vida